Politeknik Ungku Omar
Penswastaan Sektor Masa (TSP) adalah satu program kerjasama yang
membenarkan pihak industri dan orang awam menggunakan kepakaran dalaman
dan juga kemudahan latihan sedia ada dalam institusi ke arah
mengoptimumkan sumber. Program TSP ini bertujuan melahirkan lebih ramai
tenaga kerja mahir yang berketrampilan dengan menggunakan sumber dalaman
yang ada secara menyeluruh dan berkesan serta mengeratkan hubungan dua
hala diantara institusi teknikal dan vokasional dengan industri.
TSP menggunakan konsep perkongsian pintar (Smart Patnership) di antara
satu institusi dengan industri dan pihak luar atau dalam memberi latihan
kepada warga kerja berkaitan tugas dan pengetahuan bagi meningkatkan
kemahiran tenaga kerja melalui pengkongsian teknologi, kepakaran,
maklumat dan pengalaman kerja. Jalinan kerjasama di antara kedua-dua
organisasi ini akan memberi pendedahan motivasi dan daya saing bukan
sahaja kepada warga kerja yang terlibat malahan juga kepada organisasi
itu sendiri. Program TSP juga adalah bertujuan untuk memperluaskan
penggunaan kemudahan yang sediaada di sesebuah institusi kepada industri
dan masyarakat setempat tanpa menjejaskan masa dan mutu kerja serta
secara tidak langsung sebagai usaha mempromosikan intitusi berkenaan
kepada pihak luar.
Melalui program (TSP), Jabatan Kejuruteraan Awam sentiasa aktif dalam menjayakan program “Pembelajaran Sepanjang Hayat” dengan melaksanakan kursus-kursus pendek kepada masyarakat luar baik dari kalangan pihak swasta, badan kerajaan ataupun individu-individu yang berminat untuk meningkatkan pengetahuan mereka.
Perkara ini amat bersesuaian dengan saranan kerajaan supaya usaha mempertingkatkan “Modal Insan” perlu dilaksanakan secara berterusan bagi mempercepatkan lagi proses ke arah mejadikan Malaysia sebuah negara maju.
No comments:
Post a Comment